Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Putera Charles Dan Isteri...

KUALA LUMPUR – Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan mengadakan lawatan rasmi...

Bicara Kes Rasuah Guan...

GEORGE TOWN – Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng...

Hala Tuju Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Semua 39 perwakilan dan anggota gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Bomba Sarawak Bakal Miliki...

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bakal memiliki Unit Pengesan...

Dr Mahathir Saksi Demonstrasi Dron Di Beijing

BEIJING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan hari ketiga lawatan rasmi ke negara ini dengan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di sini.

Demonstrasi di luar bangunan itu dilakukan oleh salah sebuah pengeluar dron terbesar di dunia Da Jiang Innovations (DJI) Enterprise yang menyediakan penyelesaian menggunakan dron bagi pelbagai industri termasuk pertanian, tenaga, media, pembinaan, infrastruktur dan keselamatan awam.

Perdana Menteri diberi taklimat oleh presiden syarikat itu Roger Luo ketika demonstrasi dijalankan.

Dr Mahathir yang diringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyaksikan keupayaan siri MG-1P dengan mod kawalan pelbagai pesawat yang dilengkapi dengan sistem penyemburan yang dipertingkatkan bagi kegunaan sektor pertanian.

Antara keupayaannnya termasuk kawalan penghantaran video sejauh 3 km


Satu lagi demonstrasi ialah Matrice 200 yang boleh melakukan pengawasan dari udara dan penggumpulan data.

Menerusi platform dron, operasi perniagaan dapat dikembangkan menerusi data udara.

Dr Mahathir yang sedang melakukan lawatan rasmi lima hari kemudian meninjau dengan lebih dekat dron yang dipamerkan di premis syarikat itu. – BERNAMA

Kategori