• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Afif Sah Tidak Pertahan Timbalan Ketua AMK

oleh
02/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti yang akan bermula September ini.

Dr Afif yang ditemui selepas majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini, berkata beliau pasti akan mengambil bahagian pada pemilihan parti itu tetapi enggan menyatakan jawatan yang akan ditandinginya.

“Saya telah berbincang dan mengambil pandangan pimpinan parti dan rakan-rakan di peringkat akar umbi AMK dan di Permatang Pauh, saya akan terlibat dalam pemilihan kali ini tetapi saya belum berhasrat untuk mengumumkannya lagi.

“Yang pasti saya tidak akan mempertahankan jawatan saya sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda…yang itu pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya mengenai jangkaan pertembungan antara Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden parti, Dr Afif percaya anggota AMK akan memilih pemimpin yang telah teruji dan mampu mempertahankan kepentingan parti serta komited kepada agenda reformasi.

Secara peribadi, beliau berkata gandingan terbaik untuk memperkukuhkan parti ialah gandingan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden dan Mohamed Azmin sebagai timbalan presiden parti.

Beliau berkata Azmin telah membuktikan kemampuannya sebagai Timbalan Presiden parti selama dua penggal dan sebagai Menteri Besar Selangor dan pemimpin seumpama itulah yang diperlukan dalam PKR.

Rafizi, yang merupakan Naib Presiden PKR telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden, yang kini disandang Mohamed Azmin.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari penamaan calon untuk semua jawatan Majlis Pimpinan Pusat parti ialah Ahad ini (5 Ogos).

“Pada 5 Ogos jam 9 pagi di ibu pejabat parti Keadilan di Petaling Jaya mereka boleh serahkan kertas penamaan calon…masa itu baru kami tahu berapa ramai yang nak bertanding,” katanya.

Beliau berkata proses pemilihan parti akan berlangsung selama sembilan minggu dan diadakan secara e-voting mengikut zon melibatkan 900,000 anggota berdaftar dan membayar yuran.

Pengiraan undi dibuat automatik dan pengumuman keputusan akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya parti iaitu sama ada dibuat pada hari sama atau dikumpul setelah minggu kesembilan.

Mengenai Anwar yang menawarkan diri untuk jawatan presiden, Saifuddin Nasution berkata kedudukan ketua umum PKR itu unik dan apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden, anggota parti faham di mana hendak meletakkan beliau.

“Jika Datuk Seri Anwar bersedia untuk menawarkan diri, seperti yang kita tahu Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) akan memberi laluan,” katanya.

Ditanya sama ada jawatan ketua umum akan dimansuh selepas ini, beliau berkata: “Kami akan bincang perkara itu sejurus selepas pemilihan parti”. – BERNAMA

Tags: Dr Afif Bahardin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ada Keperluan Semak Semula Pemilihan PKR

13/11/2018
0

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin berkata ada keperluan untuk kepimpinan PKR Pusat melihat...

PKR Pulau Pinang Mahu Parti Beri Penjelasan

23/09/2018
0

BUTTERWORTH - Sejumlah anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan berhubung kekeliruan dan permasalahan yang timbul terutama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd