• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Keperluan Semak Semula Pemilihan PKR

oleh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin berkata ada keperluan untuk kepimpinan PKR Pusat melihat semula proses pemilihan parti itu yang dilihat tidak mewakili suara majoriti dan akar umbi secara keseluruhannya.

Dr Afif yang mengakui terdapat kelemahan dalam proses pemilihan parti itu berkata perubahan perlu dilakukan untuk memastikan PKR kekal relevan dan survival parti itu yang kini adalah sebuah parti pemerintah.

“Kita parti reformasi harus punya kesedaran, iltizam dan keyakinan diri untuk melakukan perubahan. Kalau kita ‘rigid’, tidak mahu melakukan perubahan maka akhirnya kita akan menjadi UMNO dan Barisan Nasional yang tidak mahu berubah mengikut kehendak rakyat dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan seperti yang selayaknya.

“Kalau kita ada kesilapan kita harus akui dan kita harus bergerak daripada kesilapan itu dan melakukan perkara yang betul. Itu prinsip reformasi yang kita junjung dalam PKR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membawa usul berhubung perkara itu dalam Kongres AMK yang dijadual berlangsung di Shah Alam, Selangor, Jumaat ini.

Dr Afif berkata proses pemilihan parti adalah sangat penting untuk menjadi cerminan dan keyakinan kepada masyarakat bahawa PKR sebuah parti yang kuat dan telus.

“Tempoh pemilihan sepanjang tiga bulan ini bukan hanya melelahkan malah mencemar dan merosakkan imej parti terutamanya kepada masyarakat. Tugas kita selepas ini untuk kembali menyusun kerangka dan gerak kerja agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan lebih penting kita nak menyediakan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus maju ke hadapan.

Beliau berkata perubahan proses pemilihan parti itu yang perlu dilihat semula termasuk konsep demokrasi secara terus, sistem ‘e-voting’, keanggotaan perwakilan dan pencalonan.

Ditanya sama ada cadangan supaya pemilihan dihadkan kepada perwakilan sahaja, Dr Afif berkata perkara itu perlu dibincangkan sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Ada beberapa konsep yang boleh digunakan dan masih memegang prinsip demokrasi. Ini kerana, pengundi sememangnya ahli PKR tetapi ada daripada mereka mungkin langsung tak pernah terbabit dalam gerak kerja parti.

“Saya yakin PKR agak sukar untuk meneruskan kelangsungan parti kerana akan sentiasa berada dalam keadaan menghadapi kemelut dan konflik tak diingini jika gagal membuat reformasi dalam proses pemilihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Afif BahardinPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd