• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Pertahan 300K Orang India Tiada Kad Pengenalan

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Mohd Azis Jamman didesak menarik balik kenyataan di Parlimen bahawa jumlah kes orang India tanpa kewarganegaraan di Malaysia cuma 3,853.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata, ramai lagi orang India tanpa kewarganegaraan di Malaysia takut untuk membuat permohonan kerana bimbang akan dipenjarakan.

“Ramai juga yang tawar hati kerana proses mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia mengambil masa bertahun-tahun dan membosankan.

“Angka itu (3,853) hanya menyatakan jumlah permohonan yang dibuat oleh orang India untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Azis dalam sidang dewan Parlimen baru-baru ini mengesahkan jumlah kes kaum India tanpa kewarganegaraan di Malaysia adalah 3,853 bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen berhubung isu tersebut.

Kenyataan beliau mendapat reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyambut baik jawapan tersebut kerana secara langsung membuktikan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) tidak berbohong dalam isu sama.

Najib berkata, walaupun beliau dan pemimpin-pemimpin MIC telah banyak kali memberi penjelasan angka sebenar, BN sering dituduh sebagai menipu oleh pemimpin PH kaum India yang bertegas jumlah kes melebihi 300,000.

“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

“Dengan pendedahan kerajaan PH mereka sendiri tentang jumlah kes yang benar, adakah pemimpin-pemimpin PH ini akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan? kata Najib.

Santiago yang jelas tidak bepuas hati dengan jawapan di Timbalan Menteri Dalam Negeri PH di Parlimen menggesa KDN bekerjasama dengan JPN mencari lebih ramai orang India terbabit dan memberi taraf kewarganegaraan kepada mereka.

“Langkah memberi kad pengenalan kepada orang India berusia 60 tahun keatas yang tiada taraf kewarganegaraan adalah permulaan yang baik, tetapi inisiatif itu tidak boleh berhenti di situ sahaja.

“Turun padang bagi mendapatkan lebih banyak orang India tanpa kerakyatan itu supaya mendaftar dengan KDN dan JPN,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Ogos lalu mengumumkan pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf warganegara, sekali gus diberi kad pengenalan biru,

Ini termasuk 3,407 individu berketurunan India yang memegang kad pengenalan merah berusia 60 tahun ke atas yang akan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. – MYNEWSHUB.TV

Tags: DAPKaum India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd