• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dah Tiga Tahun Saya Tak Jumpa Papa’

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda mendedahkan tidak pernah bertemu bapanya, Amy Search sejak tiga tahun lalu hingga terbit rasa rindu terhadap legenda rock itu.

Sambil mengakui hubungan mereka dingin sejak beberapa tahun lalu, Nabila, 34, bagaimanapun percaya kemelut yang melanda akan berakhir, suatu hari nanti.

“Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai.

“Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti… Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa… Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya,” katanya mengulas mengenai 20 status Insta Story yang dimuat naik di laman sosial sejak Jun lalu.

Melalui perkongsian itu, Nabila mendakwa pernah dipukul dan dihalau dari rumah oleh individu yang dipercayai merujuk kepada ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Norish.

Malah, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FMM) ke-28 itu turut menyalahkan wanita itu sebagai punca hubungannya dengan Amy dingin.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nabila enggan memperincikan apa yang berlaku antara dia dan ibu tirinya.

“Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ.

“Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami,” katanya.

Petang semalam, Nabila menghadiri majlis tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld untuk siaran di platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix, di sini.

Menerusi drama enam episod itu, Nabila memegang watak wartawan jenayah bernama Shameen.

Selain Nabila, drama itu dibintangi pelakon handalan seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Fadlan Hazim dan Hasnul Rahmat.

Drama itu akan mula disiarkan di platform berkenaan, hari ini. – BH ONLINE

Tags: Amy SearchNabila Hudapelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd