• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Country Garden Perjelas Isu Mengenai Projek Forest City

oleh
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Country Garden Pacificview Sdn Bhd, pemaju dan pengendali projek Forest City di Johor, berkata ia mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjual unit kediaman dan komersialnya kepada pembelian asing.

Katanya seperti semua projek pembangunan hartanah di Malaysia, Forest City mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjualnya kepada pembelian asing.

“Menurut Seksyen 433B Kanun Tanah Negara, orang yang bukan warganegara dan syarikat asing boleh memperoleh tanah di Malaysia hanya dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

“Kami tidak mengeluarkan sebarang Penetapan Tetap (PR) kepada pembeli asing Forest City,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Country Garden mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak akan membenarkan warga asing untuk membeli unit kediaman dalam projek Forest City bernilai US$100 bilion (RM410 bilion).

“Kami tidak akan memberi visa untuk orang datang dan tinggal di sini. Bantahan kami adalah kerana ia (Forest City) dibina untuk warga asing, dan bukan dibina untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli hartanah tersebut,” kata Perdana Menteri pada sidang media di sini hari ini.

Country Garden berkata pihaknya sedang mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri, dan ia percaya kenyataan Dr Mahathir mungkin telah dipetik di luar konteks dalam sesetengah laporan media.

“Kenyataan hari ini tidak sama dengan kandungan pertemuan antara Dr Mahathir dan Pengasas dan Pengerusi Country Garden Holdings Yeung Kwok Keung.

“Mereka mengadakan pertemuan tertutup selama 40 minit dengan Dr Mahathir pada 16 Ogos, 2018, sebelum lawatannya ke Beijing,” katanya.

Katanya pada pertemuan itu, Dr Mahathir mengalu-alukan pelaburan asing yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakkan pemindahan teknologi dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mewujudkan peluang pekerjaan. – BERNAMA

Tags: Forest City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

06/05/2024
0

Kuala Lumpur : Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd