• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City

oleh Mohd Arshad
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan segera, jelas dan muktamad berhubung status individu warga asing yang dikaitkan dengan Network School di Forest City serta operasi pusat berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebarang perkara melibatkan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan yang segera, jelas dan muktamad berhubung status individu terlibat serta operasi Network School,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam perkembangan berkaitan, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, MBIP telah menjalankan pemeriksaan dan semakan terhadap pematuhan lesen perniagaan, penggunaan premis serta syarat berkaitan pemasangan papan iklan.

Hasil pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan beroperasi di dua premis berasingan.

Daripada jumlah itu, sebuah premis mempunyai lesen pejabat urusan yang sah, manakala sebuah lagi didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan MBIP walaupun premis tersebut dimiliki oleh seorang warganegara tempatan.

Selain itu, syarikat tersebut turut didapati melanggar jenis aktiviti perniagaan yang dibenarkan menerusi lesen sedia ada.

Premis yang diluluskan sebagai pejabat urusan dipercayai telah digunakan sebagai ruang kelas dan lokasi promosi perniagaan tanpa permohonan terperinci dikemukakan kepada pihak berkuasa.

Susulan penemuan itu, MBIP telah mengeluarkan Notis Henti Niaga bernombor IP012N260714001 terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.

MBIP turut mengeluarkan Notis Lesen Iklan (6103) di bawah Seksyen 107(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana pihak syarikat mempamerkan papan iklan yang tidak mematuhi syarat serta tidak selaras dengan kelulusan diberikan.

Onn Hafiz menegaskan, MBIP akan meneruskan siasatan terhadap semua aspek berkaitan operasi syarikat berkenaan yang berada di bawah bidang kuasanya.

“Sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan yang berkuat kuasa, tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Isu Network School di Forest City sebelum ini mencetuskan perhatian susulan persoalan mengenai status operasinya, penggunaan premis serta kedudukan warga asing yang dipercayai terlibat dengan pusat berkenaan.

Kerajaan Johor bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan di peringkat negeri hanya boleh dilaksanakan mengikut bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, manakala keputusan berkaitan status kemasukan dan keberadaan warga asing perlu ditentukan oleh KDN.-MYNEWSHUB

Tags: Forest CityNetwork SchoolProjek Forest City
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

14/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius kebimbangan rakyat negeri ini berhubung operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd