• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Pertimbang Tamatkan Had 2 Anak

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China bakal membatalkan dasar dua anak, dengan akhbar tempatan memetik rang kod sivil yang akan mengubah peraturan perancangan keluarga kontroversi selama beberapa dekad itu.

Kod itu akan menamatkan dasar yang dikuat kuasakan menerusi denda tetapi juga dikenali kerana kes pengguguran paksa dan pemandulan di negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Akhbar Procuratorate Daily melaporkan, kod draf itu tidak merujuk kepada ‘perancangan keluarga’, dasar terkini yang mengehadkan pasangan suami isteri memiliki tidak lebih daripada dua anak.

Laporan tidak menunjukkan sama ada dasar baru akan menaikkan had atau membenarkan bilangan anak tanpa had.

Kod draf sivil itu, yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat minggu ini, dijangka siap menjelang 2020.

Parti Komunis mula menguat kuasa dasar satu anak pada 1979 untuk melambatkan pertumbuhan penduduk.

Ia dinaikkan kepada dua anak pada 2016 ketika negara itu berusaha mengatasi bilangan warga emas dalam kalangan 1.4 bilion rakyatnya.

Kebimbangan memuncak bahawa pertambahan warga tua dan kekurangan tenaga kerja akan melembapkan ekonomi China, manakala ketidakseimbangan jantina membawa kepada masalah sosial.

Kadar kelahiran tidak meningkat banyak seperti dijangka sejak dasar dua anak diperkenalkan, dan ada spekulasi kerajaan akan melonggarkan had itu.

“Memang jelas kerajaan amat terganggu dengan kadar kelahiran rendah dan kegagalan menghasilkan lebih banyak kelahiran dengan melonggarkan dasar satu anak,” kata penulis ‘Betraying Big Brother: The Feminist Awakening in China, Leta Hong Fincher. — AFP

Tags: anakpolisi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd