• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buktikan Batal 3 Projek Mega Keputusan Tepat

oleh Cj Mnh
23/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk membuktikan pembatalan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Gas Trans Sabah (TSGP) adalah keputusan yang tepat.

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, kerajaan perlu mendedahkan kajian kebolehlaksanaan, analisis kos-faedah dan kajian kos ekonomi untuk ketiga-tiga projek yang dibatalkan itu.

Malahan, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ayer Hitam tersebut turut menyarankan agar kerajaan membatalkan status kerahsiaan dokumen berkaitan jika diperlukan untuk membuktikan kewajaran keputusan yang dibuat.

Selain itu, beliau turut meminta bukti kepada dakwaan bahawa kerajaan dikenakan terma bayaran pendahuluan berjumlah 87.7 peratus kos projek kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) dan ketidakupayaan syarikat keempat terbesar di dunia itu menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh 3 tahun seperti yang telah dipersetujui.

“Beritahu kami jika kerajaan PH berpendirian (kontraktor ECRL) China Communications Construction Company (CCCC) dan CPPB, yang merupakan syarikat milik negara dan antara yang terbesar di dunia telah melakukan amalan rasuah dan menipu Kerajaan Malaysia.

“Rakyat Malaysia berhak mendapat maklumat tepat supaya mereka boleh membuat penilaian sendiri sama ada dakwaan PH itu benar dan jika pembatalan tiga projek itu keputusan yang betul,” kata Ka Siong dalam kenyataan di laman Facebook rasminya .

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyarankan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja jika diperlukan kerana dakwaan yang dibuat amat serius dan melibatkan jumlah wang yang mencecah puluhan bilion ringgit.

“Jika salah laku dapat dibuktikan, MCA akan menjadi pihak pertama menyokong tindakan tegas daripada pihak berkuasa,” tegas beliau.

Pengumuman pembatalan projek-projek infrastruktur yang ditandatangani bersama China pada zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad pada akhir lawatan rasmi beliau ke China kelmarin.

Perdana Menteri itu berkata beliau telah menjelaskan mengenai keputusan tersebut kepada Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang dan mereka memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.

Menurut beliau, projek-projek berkenaan membabitkan peruntukan wang yang besar dan Malaysia tidak terlalu memerlukannya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hutang yang tinggi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Projek ECRLprojek mega
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd