• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Nak Tunjuk Baik Tapi…” – Khai Bahar

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Khai Bahar memberitahu dia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengekalkan komunikasi di antaranya dengan peminat sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan mereka terhadapnya.

Atas sebab itu, Khai berkata, dia akan memastikan mencari waktu untuk membalas komen peminat di Instagram atau membuat video ‘live’ untuk berkongsi perkembangan terbaharunya selain menjawab soalan diutarakan pengikutnya.

Jelas Khai, walaupun jadual seninya sentiasa padat namun dia tetap akan mencari masa untuk berinteraksi bersama peminat dan tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan.

“Saya bukan hendak tunjuk baik tapi ini cara saya menghargai peminat yang sebenarnya tidak terbalas jasa mereka yang sering menyokong saya.

“Zaman hari ini teknologi memang memudahkan kita dekat dengan peminat jadi ia sebenarnya tidak membebankan cuma perlu ada sedikit usaha dengan niat untuk menggembirakan peminat.

Khai Bahar bakal berduet dengan Siti Nordiana.

“Selalunya saya akan buat video ‘live’ untuk berinteraksi dengan peminat selain membalas komen yang ditinggalkan di Instagram,” katanya.

Tambah Khai, sikap terbukanya dengan peminat sentiasa dibuat dengan berhati-hati kerana tidak mahu mengguris perasaan sesiapa.

Bercakap mengenai kerjayanya, Khai berkata, dia kini sedang sibuk dengan aktiviti promosi bersama Toyota selain sedang menyiapkan single terbaharunya bersama Siti Nordiana.

Kata Khai, dia sudah lama memasang impian untuk berduet dengannya dan berharap hasrat itu tercapai tidak lama lagi.

“Lagu sudah ada cuma sedang tunggu liriknya sahaja.

“Saya sendiri memang sudah lama memasang impian untuk berduet dengannya dan harap-harap impian itu terlaksana,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Khai Baharpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd