• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Mudah Untuk Penuhi Janji Pilihanraya Dalam 100 Hari

oleh
16/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bukanlah tugas mudah untuk melaksana dan menyampaikan kesemua manifesto Pakatan Harapan dalam masa 100 hari oleh kerana kerajaan sekarang baru saja mengambil alih daripada pentadbiran sebelum ini.

“Tugas itu sedang dilaksanakan dan ia bukanlah mudah sebab semasa kami mengambil alih, kami tidak mempunyai cukup maklumat untuk mengetahui betapa besarnya masalah yang ada.

“Saya bukan memberi alasan, kami tahu bahawa kami tidak seharusnya berhenti berdasarkan hakikat bahawa kami tidak mencapai sasaran. Namun begitu, kami berusaha,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari sebagai respons kepada janji 100 hari Pakatan Harapan dengan tempoh 100 hari itu berakhir Sabtu ini.

Beliau berkata walaupun proses menunaikan manifesto itu tidak berjalan lancar seperti diharapkan, namun kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan 10 manifesto yang dijanjikan itu.

Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata kementerian berkenaan berjaya melaksanakan satu daripada manifesto PH iaitu Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang telah dilancarkan semalam.

Antara 10 janji 100 hari PH adalah mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapatan bawah RM4,000; menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamaratakan gaji minimum.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata pencapaian 100 hari itu bukan terletak kepada dasar-dasar terperinci, sebaliknya hala tuju negara secara menyeluruh yang telah diterima rakyat.

Setakat ini, katanya kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan institusi kerajaan, ekonomi yang memihak kepada rakyat dan menggambarkan identiti bangsa Malaysia.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata PH berdepan cabaran untuk mencapai sasaran tertentu, bagaimanapun gabungan itu telah membuktikan bahawa mereka berupaya untuk memerintah dan melakukan peralihan yang aman daripada kerajaan terdahulu.

“Kami lebih telus dan lebih responsif kepada sentimen umum, kami akan terus memerintah secara telus. Mana-mana parti yang memerintah pun berharap untuk memerintah selama mana yang boleh tetapi perlu diingat bahawa kami perlu berlaku adil, terus bersikap bersih, amanah untuk meraih sokongan rakyat sebab mandat itu diberi oleh rakyat. Kami mesti melaksanakannya,” katanya. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd