• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubar CEP, Dedah Laporan Ke Parlimen

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendesak supaya Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dibubarkan kerana kewujudannya tidak lagi wajar memandangkan Kabinet telah terbentuk sepenuhnya.

Beliau juga mahu laporan cadangan oleh majlis itu didedahkan di Parlimen serta kepada rakyat supaya lebih telus, selain untuk mengelak tuduhan selepas ini.

CEP ditubuhkan untuk menasihati kerajaan pada awal pembentukannya, terutama sebelum Kabinet terbentuk sepenuhnya dan sebelum sidang pertama Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

‘Sekarang segala-galanya sudah terbentuk, dan PM (Perdana Menteri) mempunyai anggota Kabinet yang cukup hebat, terdiri daripada pemimpin terkanan lima parti yang sebahagiannya telah berjuang begitu lama.

“Atas dasar prinsip kebertanggungjawapan bersama Kabinet, kita merasakan tidak wajar lagi untuk CEP wujud, dan Kabinet perlulah berfungsi sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata CEP, yang tidak ada legitimasi undang-undang dan perlembagaan, juga bukan sebahagian daripada legislatif, eksekutif dan kehakiman, pasti akan membongkah sistem demokrasi Parlimen sedia ada jika terus diwujudkan.

Pembubaran ini juga perlu, katanya bukan kerana soal kos tetapi kewajaran dan soal kuasa memandangkan hampir kesemua anggota mempunyai kepentingan sangat besar dengan kerajaan dan wujudnya konflik kepentingan.

Semalam, Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin mengumumkan sudah melengkapkan mandatnya dan laporan mengandungi cadangan oleh majlis berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalinya beliau dari China.

Selain Daim, CEP turut dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican, ahli perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram. – BERNAMA

Tags: CEPParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd