Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Harum Manis Lebih Lazat...

PADANG BESAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk...

Penggal Kepala Bapa, Suspek...

IPOH - Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini selepas dipercayai membunuh...

‘Fanskick’ Aplikasi Terbaik Mendekatkan...

KUALA LUMPUR – Aplikasi pintar ‘Fanskick’, yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembelian tiket...

Hadi Beri Gambaran Salah...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah...

Bomba Tangkap Lembu Terlepas Masuk Kilang

SHAH ALAM – Orang ramai di sini dan Subang Jaya hari ini digemparkan dengan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata lembu berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.26 tengah hari tadi yang memberitahu ada seekor lembu telah merayau memasuki kilang berkenaan.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke lokasi berkenaan dan ketika anggota kami cuba menangkap lembu itu, ia telah melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer sehingga ke stesen minyak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya,” katanya.

Menurut Alimaddia pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan berkenaan dan menyerahkan ia kepada pemiliknya pada kira-kira 5 petang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Lembu

Kategori