• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Pinda Perlembagaan, Kaedah Satu Ahli Satu Undi

oleh
17/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dipinda bagi membolehkan kaedah pemilihan menggunakan cara satu ahli, satu undi digunapakai dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penambahbaikan Perlembagaan PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pindaan perlembagaan parti itu akan dibuat selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dalam masa terdekat.

“Kalau ikut perlembagaan parti, sistem pemilihan akan guna pakai sistem perwakilan seperti diamalkan UMNO tetapi PPBM ingin buat lebih baik dan putuskan di mana undian dibuat di bahagian dengan setiap ahli yang layak memberi satu undi sahaja, bukan ikut perwakilan.

“Jadi, kita akan adakan EGM ini untuk dapatkan kelulusan pada pindaan ini sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Bila dapat kelulusan daripada RoS baru perlembagaan ini dapat dipinda dan boleh digunapakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mukhriz berkata sekurang-kurangnya 140,000 anggota PPBM yang mendaftar sebelum 30 April lepas layak mengundi manakala yang berdaftar selepas tarikh itu termasuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak layak untuk mengundi.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata pihaknya juga sedang merangka kaedah pemilihan selain akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan pengundian itu dengan semua jawatan dipertandingkan.

“Kita akan rangka kaedah tersebut malah Jawatankuasa Pemilihan parti (JPP) PPBM juga sudah diwujudkan dan kepimpinan tertinggi parti juga sudah bersetuju melantik bekas veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi JPP PPBM.

“Sementara itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Displin PPBM. Kedua-dua lantikan itu mula berkuatkuasa pada 10 Ogos lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSATUMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

Pengalaman Pahit Kerjasama Dengan BERSATU, Pemuda PAS Selangor Akui Wakil UMNO Lebih Berprestasi

Pengalaman Pahit Kerjasama Dengan BERSATU, Pemuda PAS Selangor Akui Wakil UMNO Lebih Berprestasi

22/06/2026
0

SHAH ALAM – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Shukri Omar menyifatkan pengalaman PAS bekerjasama dengan Bersatu sebagai sangat memeritkan berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd