• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhemah, Jangan Melatah Dalam Hadapi Syiah

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak menggunakan pendekatan berhemah serta tidak melatah dalam menghadapi penyebaran ajaran Syiah.

Titah baginda walaupun ajaran Syiah berbeza dengan Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, isu itu perlu ditangani tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

“Kita yang mengamalkan ajaran Sunah Waljamaah perlu memberi contoh dan kesedaran kepada mereka yang mengamalkan Syiah selain mereka juga perlu memahami kehendak majoriti umat Islam di sini.

“Saya berharap kita jangan bertelagah, jangan cepat melatah dan tidak cepat menghakimi. Kita beri contoh yang baik supaya mereka yang berbeza ini dapat sehaluan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir Senator Orang Asli Datuk Isa Ab Hamid, Ketua Pengarah (KP) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, KP Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Ajis Sitin dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika mengulas khutbah Jumaat semalam bertajuk ‘Ancaman Syiah’ yang antara lain menyebut terdapat sejuta pengikut Syiah di negara ini.

Mengulas mengenai tindakan segelintir masyarakat yang mempersendakan agama Islam di Malaysia, Tengku Abdullah bertitah perkara itu memerlukan kebijaksanaan pemimpin supaya dapat ditangani tanpa menindas mana-mana pihak.

“Beri ruang untuk mendengar pandangan, supaya dapat mententeramkan keadaaan dan bukan mengeruhkannya lagi. Kita harus hormat antara satu sama lain, sesama Islam dan juga antara Islam dan bukan Islam supaya dapat mewujudkan suasana harmoni,” titah baginda.

Selain itu Tengku Abdullah mahu dakwah berterusan dilakukan kepada Orang Asli yang telah memeluk Islam agar ajaran agama sebati dalam amalan seharian mereka

“Kita sering kali berbangga dengan kepelbagaian bangsa memeluk Islam, namun kita terlupa untuk melihat angka mereka yang meninggalkan atau meminggirkan ajaran Islam.

“Tambahan pula dewasa ini muncul pelbagai fahaman dan ideologi baharu yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar,” titah baginda.

Tengku Abdullah seterusnya mengingatkan agensi pesekutuan dan kerajaan negeri agar bekerjasama bagi meningkatkan sosioekonomi, pendidikan dan pembangunan orang Asli, supaya mereka setaraf dengan umat Islam lain.

Baginda juga merujuk kepada kenyataan Jakim bahawa terdapat 22 buah surau di perkampungan Orang Asli yang mendirikan solat Jumaat di Perak, Pahang, Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan selain sebuah sekolah menengah agama untuk anak Orang Asli di Sungai Siput, Perak.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah berkenan menyampaikan Anugerah Surau Kampung Orang Asli Terbaik kepada wakil Surau Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands dan Anugerah Tokoh Pemimpin Orang Asli Islam kepada Noree Kasi yang merupakan Tok Batin Kampung Simpang Arang, Johor.

Baginda juga berkenan melancarkan aplikasi e-Muallaf Pahang yang menguruskan maklumat daftar mualaf di negeri itu yang membolehkan datanya digunakan secara bersepadu dalam pengurusan bantuan zakat. – BERNAMA

Tags: SyiahTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

6 Terbunuh Dalam Letupan Bom Sasar Sekolah Syiah Di Kabul

20/04/2022
0

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara Afghanistan, Kabul meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd