• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Secara Rasmi Diumum Menang Tanpa Bertanding Presiden PKR

oleh
09/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diumum secara rasmi menang tanpa bertanding jawatan presiden parti setelah pencalonan disahkan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP).

Keputusan diumum Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din dalam satu sidang media di sini, petang ini.

Bagaimanapun, katanya, Anwar hanya akan menjalankan peranannya sebagai presiden selepas Kongres Nasional PKR yang dijadual berlangsung pada 16-17 November depan.

“Sehingga itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai presiden parti,” katanya.

Di majlis itu Rashid turut mengumumkan proses bantahan dan rayuan pencalonan semua peringkat pemilihan PKR 2018 dibuka mulai hari ini kecuali bagi negeri Selangor.

Nama-nama mereka yang menghantar pencalonan mulai hari ini dipamer di ibu pejabat parti dan negeri-negeri termasuk bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta di laman web rasmi parti.

“Bantahan boleh dibuat mulai hari ini hingga 11 Ogos, manakala proses rayuan pula bermula selepas itu hingga 14 Ogos, kita jangka senarai calon yang layak bertanding akan dimuktamadkan pada 16 Ogos, ” katanya.

Bantahan dan rayuan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Panel Bantahan, Rayuan dan Disiplin yang dipengerusikan oleh Dr Syed Husin Ali.

Antara perkara yang dipertimbangkan ialah tempoh menjadi ahli, status bankrap dan juga masalah disiplin. Selain itu calon yang belum menempuh tempoh setahun menjadi ahli juga tidak layak bertanding kecuali dengan kebenaran presiden parti.

Bagi pemilihan kali ini sebanyak 10,997 pencalonan diterima daripada semua peringkat cabang negeri kecuali Selangor yang hanya akan melaksanakan proses pencalonan pada 12 Ogos ini.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden, dua calon mengemukakan pencalonan iaitu penyandang Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

Bagi jawatan Naib Presiden 12 calon mengemukakan pencalonan iaitu William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Michael Tamil (bekas ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya), Zuraida Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang), Prof. Datuk Dr G. Balasubramaniam, Azan Ismail (Pengerusi PKR Terengganu), K. Vasantha Kumar, Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani), dan Kesavan Subramaniam (Ahli Parlimen Sungai Siput).

Mereka yang akan mempertahankan jawatan berkenaan ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar (Ahli Parlimen Kuala Langat), Tian Chua (bekas anggota Parlimen Batu) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya).

Manakala bagi 20 jawatan anggota MPP, sebanyak 88 pencalonan diterima.

Kira-kira 800,000 anggota PKR layak mengundi calon mereka dalam pemilihan yang akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri dari 14 Sept hingga 10 Okt depan melibatkan 218 cabang. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd