• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Dedah Identiti Pemberi Maklumat Boleh Dipecat

oleh
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati mendedahkan identiti pemberi maklumat termasuk berkaitan aktiviti perjudian haram boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata keselamatan pemberi maklumat sentiasa menjadi keutamaan PDRM.

“Setiap anggota di bilik gerakan khas yang membanteras aktiviti judi haram perlu menyimpan rahsia.

“Jangan paksa pemberi maklumat yang menghubungi bilik gerakan memberikan maklumat peribadi mereka, cukup sekadar kita ambil maklumat yang diberikan mereka dan jalankan siasatan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas menyertai program Kembara PDRM Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, program Kembara PDRM merupakan satu daripada inisiatif pihaknya dalam usaha membanteras aktiviti jenayah termasuk judi haram di ibu negara.

Mazlan berkata pihaknya juga yakin aktiviti perjudian haram di premis terbuka telah dihapuskan susulan tindakan penguatkuasaan berterusan pihak berkuasa, namun kegiatan itu dipercayai masih berlaku di kawasan rumah persendirian.

“Kita percaya aktiviti haram itu dipindahkan ke apartmen, rumah teres dan banglo… dan di sinilah maklumat orang ramai amat penting bagi membolehkan polis menjalankan siasatan untuk menanganinya,” kata Mazlan.

Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membanteras kegiatan perniagaan haram warga asing di sekitar ibu negara.

Katanya pihak polis menerima banyak aduan daripada orang awam terutamanya peniaga di pasar borong yang terjejas dengan kehadiran peniaga warga asing tersebut.

“Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa Program Kembara PDRM Kuala Lumpur pagi ini di Pasar Borong Selayang, kita dapati ramai warga asing yang berniaga barangan keperluan harian di bahagian luar pasar itu secara tidak sah.

“Kehadiran mereka turut menganggu kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan kerana gerai mereka dibuka berdekatan dengan kawasan parkir pengunjung selain menjual barangan basah dengan harga lebih murah berbanding peniaga di pasar borong berkenaan,” katanya dan berjanji untuk mengambil tindakan segera bagi menangani isu tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Lazim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu

06/12/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Samun Di Kuchai Lama: Suspek Bekas Tahanan Poca

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan mengakibatkan lima penjenayah ditembak mati di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd