Sample Page Title

TULAR dan kecoh di media sosial hari ini yang Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyertai dan diraikan sebagai tetamu terhormat di sebuah masjid yang juga markas Syiah di selatan Thailand.

Aktiviti korban itu menjadi tumpuan ekoran penerbitannya oleh Ahmad Abunaielah Nasim, yang memuatkan lokasi dan gambar-gambar majlis korban tersebut.

Masjid tersebut, yang menjadi pusat kegiatan masyarakat Syiah di kawasan tersebut dikenali masjid Zainabiyyah di Phatthalung.

Kehadiran beliau yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.

Kegiatan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menggemparkan orang ramai terutama yang baru mengenali beliau sejak menjadi menteri pertahanan.

Kekecohan ini juga timbul ekoran kedudukannya sebagai menteri pertahanan Malaysia, dan persoalan tentang kapasiti beliau dalam lawatan itu.

Mat Sabu sebenarnya telah beberapa kali mencetuskan kontroversi berhubung kaitannya dan kecenderungannya dengan ajaran Syiah.


Semasa dalam parti lamanya PAS, beliau dipandang dengan curiga oleh ramai ahli parti terutama golongan ulama kerana kecenderungannya itu.

Bukan rahsia lagi yang beliau sering berkunjung ke Iran dan Lubnan untuk bertemu pemimpin-pemimpin Syiah.

Beliau sering menunjukkan rasa kagum dan hormat pada pemimpin revolusi Iran, Ayatullah Khomeini dan pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah.

Pengikut-pengikut beliau sendiri, yang keluar bersama dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) juga dianggap sebagai pengikut Syiah, dan pernah dilihat menghadiri majlis-majlis Syiah dan mengikut Mohamad ke luar negara bertemu wakil Syiah.

Antara pengikut Mohamad tersebut ialah Adly Zahari, ketua menteri Melaka yang baharu.

Kontroversi terbaru ini menjelaskan lagi pendirian beliau sejak menjawat jawatan menteri pertahanan kerajaan Pakatan Harapan.

Mohamad telah memutuskan untuk menghentikan beberapa kerjasama dengan Arab Saudi, berupa kerjasama ketenteraan di Yaman dan pusat antikeganasan di Putrajaya. – Mynewshub.tv

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...