• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Baharu Sg Kandis Jamin Laksana Janji Pilihan Raya

oleh
05/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis yang baharu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberi jaminan bahawa segala janji pilihan rayanya untuk membantu rakyat di kawasan itu akan dilaksana secepat mungkin.

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi menewaskan dua pencabarnya hari ini berkata, komitmen utamanya adalah menekankan kepada pembangunan infrastruktur dan prasarana.

“Dengan mandat ini, saya akan bantu pengundi-pengundi di DUN Sungai Kandis untuk menaik taraf infrastruktur dan menyempurnakan segala perancangan yang tidak sempat dilaksanakan Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei (bekas ADUN).

“Isu pembangunan infrastruktur dan prasarana membabitkan jalan raya serta perparitan adalah aduan yang paling banyak saya terima sepanjang jelajah kempen dan saya akan ajukan permasalahan ini kepada pihak berkenaan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di sini, malam ini.

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh Jalan Kebun itu turut menzahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR dan Pakatan Harapan atas kepercayaan yang diberikan selain membantu kempen-kempen jentera parti.

Mohd Zawawi mengekalkan kerusi DUN Sungai Kandis di tangan PH apabila mendapat 15,427 undi menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam yang mendapat 9,585 undi sementara calon bebas K.Murthy hanya mendapat 97 undi.

Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata kerjasama antara UMNO dan PAS dalam PRK itu tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Beliau berkata, walaupun pemimpin UMNO dan PAS sudah menyatakan secara terbuka untuk saling membantu dalam PRK, namun anggota PAS dilihat tidak bersedia menerima pelawaan itu.

“Saya tidak dapat buat penilaian menyeluruh lagi, tapi bagi saya dulu (ketika bersama PAS), kami dalam PAS memang diajar untuk susah memangkah dacing (BN).

“Itu yang ditanamkan kepada kami (anggota PAS dulu) dengan mendalamnya. Saya rasa susah untuk mereka (anggota PAS) untuk lakukan perubahan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata kemerosotan pengundi di PRK kali ini memang dijangka memandangkan mereka baru menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan pertandingan sengit.

“Kalah atau menang Selangor masih di bawah (pentadbiran) kami… kami berjaya mendorong penyokong kami keluar mengundi,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga mendakwa tidak ramai penyokong PAS keluar mengundi pada PRK itu dan ini memberikan ‘signal’ jelas bahawa penyokong ataupun anggota PAS di peringkat akar umbi tidak serasi dengan keputusan kepimpinan pusat parti dalam memberikan sokongan kepada Lokman Noor.

Dr Xavier dalam pada itu juga berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menggunakan logo dan simbol Pakatan Harapan yang telahpun didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada PRK Balakong, dan Seri Setia yang akan ditentukan kelak.

“Justeru, PRK ini turut mencatatkan sejarah apabila merupakan PRK terakhir menggunakan logo dan simbol PKR,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd