• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan berkata, kemenangan PH dengan majoriti 5,842 undi membuktikan pengundi Sungai Kandis menolak isu agama dan perkauman dibawa pembangkang khususnya PAS.

Kata beliau, PAS membangkitkan tentang hal agama dalam usaha memberi gambaran buruk kepada kerajaan Malaysia baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Keputusan PRK Sungai Kandis membuktikan rakyat menolak sentimen agama dan perkauman sempit yang dimainkan oleh pembangkang khususnya PAS yang dilihat agak keterlaluan.

“Sebaliknya rakyat memberikan dokongan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memimpin negeri dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Sany berkata, keputusan PRK Sungai Kandis juga membuktikan ahli PAS menolak pendekatan parti itu menzahirkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, ahli PAS tidak boleh menerima pendekatan semasa parti itu yang semakin lunak dengan BN yang merupakan musuh tradisi mereka sejak turun temurun.

“Kerjasama yang erat dilihat teruskan oleh PAS dan BN yang mana mereka secara sepakat membuat keputusan.

“Oleh demikian, kami mengajak ahli PAS membuat perubahan. AMANAH (PAN) membuka peluang dan ruang sepenuhnya kepada ahli dan penyokong PAS menyertai parti ini yang berlandaskan Islam dengan konsep “Rahmatan Lil Alamin”,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: isu agamaPRK Sungai Kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng Nafi Bangkit Isu Agama

Guan Eng Nafi Bangkit Isu Agama

08/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menolak dakwaan beliau sengaja membangkitkan isu 3R (agama, raja, kaum) ketika menyentuh...

Pemimpin Politik Diminta Jangan Bangkitkan Isu Sensitif – KPN

07/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merayu ahli dan pemimpin politik agar tidak membangkitkan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd