• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Pelajar Kolej Swasta Ditahan Kes Dadah

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan tujuh pelajar lelaki kolej swasta termasuk seorang bekas pelajar kerana disyaki terbabit dalam kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Puchong, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata turut dirampas dalam serbuan itu dadah disyaki jenis ganja seberat hampir dua kilogram bernilai RM4,500.

“Serbuan pertama dilakukan pada jam 11 malam apabila kami menahan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua suspek disyaki pengedar dadah dan selepas disoal siasat mereka membawa polis ke sebuah unit pangsapuri di Bandar Puchong Jaya.

“Lima individu yang berada di dalam rumah ketika serbuan ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu polis menemui tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.87 kilogram dan dua botol diubahsuai sebagai peralatan menghisap ganja,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ismadi berkata, kesemua suspek berusia di antara 21 hingga 24 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis depan.

“Lima daripada mereka positif ujian air kencing dadah jenis THC, hasil soal siasat mendapati bekalan dadah diperolehi daripada seorang pengedar dadah di satu daerah di Selangor.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta yang sama,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Pasukan 42, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang menahan empat lelaki kerana disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram, awal pagi semalam.

Ismadi berkata, keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan pada jam 2.30 pagi selepas pemantauan lebih tiga jam di kawasan sekitar Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

“Ketika pemantauan, anggota saya mendapati suspek melakukan aksi bahaya menggunakan empat motosikal jenis Honda EX5 yang turut disita.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang suspek memiliki rekod jenayah curi kenderaan sementara ujian saringan air kencing mereka semuanya negatif.

“Kesemua suspek direman selama dua hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kes dadahpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd