• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Kementerian Capai Tahap Cemerlang – Laporan Audit

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh daripada 25 kementerian mencapai tahap cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun lepas, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1, sebanyak 16 kementerian pula mencapai tahap baik, manakala dua lagi berada pada tahap memuaskan.

“Selain itu, 13 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap baik.

“Prestasi pengurusan kewangan bagi 21 Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang diaudit secara pusingan lima tahun pula menunjukkan dua BBP berada pada tahap cemerlang, 12 BBP pada tahap baik, lima BBP pada tahap memuaskan dan dua BBP lagi pada tahap kurang memuaskan,” katanya dalam kenyataan berkenaan laporan itu hari ini.

Laporan LKAN 2017 Siri 1 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Madinah berkata, pada 2017, pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) menggunakan pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, yang mana setiap kriteria yang diaudit dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu risiko tinggi, risiko rendah dan risiko sederhana.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan pendekatan baharu ini, pelaporan bagi LKAN 2017 Siri 1 mengenai pengurusan kewangan hanya dibuat berdasarkan prestasi kewangan 2017 sahaja, tanpa perbandingan dengan prestasi tahun sebelum.

Pada peringkat kerajaan negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) bagi 116 Kementerian/Jabatan Negeri di mana 45 Kementerian/Jabatan mencapai tahap cemerlang, 47 pada tahap baik, 17 pada tahap memuaskan, lima pada tahap kurang memuaskan dan dua pada tahap tidak memuaskan.

Sementara itu, beliau berkata, audit yang dijalankan terhadap 35 Badan Berkanun Negeri pula menunjukkan 13 mencapai tahap cemerlang, 11 pada tahap baik, sembilan pula tahap memuaskan serta masing-masing satu pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan.

Katanya, audit bagi 44 Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 20 daripadanya berada pada tahap cemerlang, 18 pada tahap baik, tiga tahap memuaskan, dua pada tahap kurang memuaskan dan satu pada tahap tidak memuaskan.

“Pengurusan kewangan di Majlis Agama Islam Negeri (MAI) pula menunjukkan satu pada tahap cemerlang, tiga pada tahap baik dan satu pada tahap memuaskan,” katanya.

Madinah berkata, dalam laporan itu, sebanyak 14 syor telah dikemukakan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2017 dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan.

Sebanyak 46 syor pula dikemukakan terhadap aktiviti Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan 21 syor lagi kepada Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan Persekutuan.

“162 syor juga telah dikemukakan terhadap pengurusan aktiviti/kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan pula mendapati kerajaan memperoleh hasil berjumlah RM220.41 bilion iaitu peningkatan RM7.99 bilion (3.8 peratus) berbanding 2016 (RM212.42 bilion).

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM216.70 bilion yang mana RM217.70 bilion (100.5 peratus) telah dibelanjakan. Bagi perbelanjaan pembangunan, Kementerian/Jabatan Persekutuan telah membelanjakan RM44.88 bilion (99.0 peratus) daripada peruntukan berjumlah RM45.32 bilion.

“Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM40.32 bilion. Kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam negeri serta pinjaman luar negeri berjumlah RM129.25 bilion untuk menampung defisit tersebut dan juga membayar balik hutang,” katanya.

Madinah berkata, Jabatan Audit Negara juga akan memberi taklimat berhubung isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan itu kepada Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara setelah pelantikan jawatankuasa itu disempurnakan.

Katanya, kandungan dan sinopsis LKAN 2017 Siri 1 itu boleh dilayari menerusi laman sesawang Jabatan Audit Negara di https://www.audit.gov.my mulai hari ini selepas 10 pagi. – BERNAMA

Tags: Auditkementerian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

21/08/2024
0

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd