Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

8 Ditahan, Disyaki Memudaratkan...

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan Bahagian Counter Terrorism...

Pemuda UMNO Gesa Pecat...

KANGAR – Pergerakan Pemuda UMNO Perlis menggesa kerajaan supaya menamatkan perkhidmatan seseorang penjawat...

Benteng Pemecah Ombak Dibina...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri akan membina sebuah lagi benteng pemecah ombak bagi...

Safiq Rahim Tunai Impian...

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Erwan Shah Mohd....

54 Tahun Penubuhan, PKNS Kekal Relevan

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memberi tumpuan kepada usaha memacu agenda pembangunan untuk kekal relevan dan kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata kematangan PKNS setelah 54 tahun dalam sektor pembangunan menjadikan rakyat Selangor menyedari sumbangannya dalam kemakmuran rakyat dan kestabilan ekonomi.

“Sehingga kini, PKNS telah berjaya membangunkan sebanyak 11 bandar baru meliputi kawasan seluas 10,000 hektar tanah, dengan lebih 163,000 unit kediaman pelbagai jenis dan lapan kompleks perniagaan dengan jumlah keluasan lantai sebanyak 1.6 juta kaki persegi,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun perbadanan itu di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 84 peratus merupakan pembinaan rumah kos rendah termasuk mampu milik yang dijenamakan Rumah Selangorku Idaman PKNS serta kos sederhana manakala 16 peratus lagi merupakan kos tinggi.

PKNS, katanya, turut memperuntukkan RM7.6 juta bagi projek Rumah Generasi Felda di Sungai Tengi yang dijangka memulakan pembinaan pada tahun ini di samping merancang pembinaan rumah penjawat awam.

“Perbadanan juga telah membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 300,000 rakyat Selangor sekaligus membuktikan peranan sebagai penggerak ekonomi selari dengan aspirasi kerajaan negeri,” katanya.

Turut menghadiri majlis sambutan ulang tahun PKNS ke-54 itu ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.


Beliau berkata kerajaan negeri menghargai PKNS yang sentiasa mendukung aspirasi kerajaan melalui inisiatif Peduli Rakyat.

Katanya, Selangor menyasarkan 20,000 unit Rumah Mampu milik dibina menjelang 2019 dan jumlah unit yang disiapkan pada hari ini telah melebihi sasaran.

“Saya difahamkan lebih banyak unit Rumah Mampu Milik PKNS akan dibina di Selangor Cyber Valley bagi memenuhi keperluan pembeli di negeri ini,” katanya.

Sepanjang lima dekad berkhidmat, PKNS telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pemaju Perbandaran Terbaik, Anugerah Pemaju Berprestij 2018, Pembangunan Perumahan Bertanah Terbaik 2016, Perumahan Mampu Milik Terbaik 2015 dan 10 Pemaju Terbaik daripada BCI Asia Awards 2015. – BERNAMA

Kategori