• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Didakwa Kerana Cederakan Seorang Transgender

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima lelaki termasuk tiga pelajar bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang transgender.

Syaari Aziz, 37; Muhammad Haiqal Mohammad Aris, 19 dan tiga remaja yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Mereka didakwa bersama tiga yang masih bebas, dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah kepada mangsa dengan menggunakan senjata sebatang kayu dan paip plastik PVC.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.15 tengah malam, 15 Ogos lalu di tepi Jalan A. S Tambaiyah 3 dekat sini menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan 3 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Peguam Shahrulazwad Ismail mewakili Syaari manakala Zaidi Abdul Hamid mewakili Muhammad Haiqal serta dua remaja terbabit dan seorang lagi remaja diwakili A. Partheeban. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes pukultransgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd