• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

38 Pegawai Kanan PDRM Bertukar, Naik Pangkat

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat serta pertukaran 38 pegawai kanannya berkuat kuasa 24 September depan.

Mengetuai senarai tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk K. Manoharan yang memangku pangkat Deputi Komisioner dengan mengekalkan jawatan sedia ada.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, turut dinaikkan pangkat ialah Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Kuantan, Pahang, Datuk Roslan Bek Ahmad yang akan menggalas tugas baru sebagai Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan Am) jabatan sama di Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Jelasnya, turut terlibat ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri yang akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Staff Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner Ahmad Fuad Otman akan memegang jawatan baru sebagai Ketua Staff Operasi Darat Esscom dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Asisten Komisioner Abu Bakar Romlee akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dengan mengekalkan jawatan sedia ada,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, turut dinaikkan pangkat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad yang akan memegang jawatan sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan KDN/KA Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Asmawati memaklumkan, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Bahagian Urusetia/ Hal Ehwal Pesara Polis Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Pengganti Roslan Bek sebagai Komander Briged Tenggara PGA pula akan diisi oleh Asisten Komisioner Khaled Che Lah yang ketika ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)(Perancangan Strategik) IPK Pahang dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner .

“Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy pula akan mengambil jawatan dari Mohd. Azman sebagai Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” jelasnya.

Dalam pada itu Asmawati juga menjelaskan, Timbalan JPJKK (Operasi), Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor akan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Jenayah Komplot) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Tambahnya, turut dinaikkan pangkat Ketua Polis Daerah Kluang, Johor, Asisten Komisioner Mohamad Laham yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc), Skuad Taktikal Khas 1 JSJ Bukit Aman dengan memangku Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Abd. Razak Md. Zin akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narokitik (Penguatkuasaan/ Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, Bukit Aman dengan memangku Senior Asisten Komisioner.

“Manakala Asisten Komisioner Razimi Ahmad yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) IPK Selangor akan menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan tersebut di IPK Johor,” ujarnya.

Sehubungan itu, senarai penuh pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai terbabit boleh dilayari menerusi laman Facebook Rasmi PDRM – UTUSAN ONLINE

Tags: naik pangkatPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd