• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 September Untuk Hujahan Kes Saman Streram

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 3 Sept bagi mendengar hujahan lanjut bantahan awal oleh pegawai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap saman dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr S Streram.

Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili Streram memberitahu pemberita bahawa Hakim Darryl Goon Siew Chye menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini yang turut dihadiri peguam K. Sathiya yang bertindak bagi pihak Amino Agos dan SPR.

Dr Streram, 63, seorang doktor bius dan anggota PKR memfailkan saman berkenaan pada 7 Mei lepas dengan menamakan Amino Agos dan SPR sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi DUN Rantau selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya dan susulan itu, Datuk Seri Mohamad Hassan dari Barisan Nasional memenangi kerusi DUN itu tanpa bertanding.

Dalam tuntutannya juga beliau berkata telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak SPR tidak memaklumkan kepadanya bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.

Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi berparlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: mahkamahPKRSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd