• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

244 Pelajar Dikesan Terbabit Dadah Setakat Jun

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 244 pelajar sekolah menengah di Kelantan didapati positif dadah setakat Jun tahun ini, kata Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan Rohayu Ahmad.

Rohayu berkata berbanding keseluruhan 274 pelajar tahun lepas, jumlah itu dilihat agak membimbangkan dan memerlukan komitmen daripada semua pihak termasuk orang ramai dalam memerangi gejala berkenaan.

Beliau berkata hasil temubual dengan pelajar terbabit mendapati peningkatan itu disebabkan pengambilan air ketum yang masih mendatangkan gian setelah bercampur ubat batuk dan pil kuda, namun disangka tidak akan menyebabkan air kencing positif dadah ketika ujian dijalankan.

“Bagi menangani masalah ini kita bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan serta mengadakan program pemulihan awal supaya mereka tidak lagi terbabit dengan dadah,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kepulihan dan Penghargaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) anjuran AADK Kelantan di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Rohayu berkata AADK bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pelajar terbabit kerana tidak mahu mereka ketinggalan dalam bidang pelajaran dan memberi fokus terhadap usaha pemulihan.

“Biasanya pelajar akan dikumpulkan serta diberi motivasi pemulihan menerusi Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS). Dalam hal ini, kita amat memerlukan kerjasama daripada masyarakat untuk turut sama dalam usaha meminimakan masalah dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd