• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sahabat Ditahan Ketika Bungkus Dadah

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Dua sahabat ditahan bersama dadah seberat 34.35 gram ketika membungkusnya di bengkel kayu di Jalan Masjid, Bandar Tun Razak, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira- kira jam 2 pagi, kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 37 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azly Mohd Nor berkata, ketika serbuan dilakukan anggota polis terpaksa memanjat dinding bengkel untuk membuat intipan sebelum melihat dua suspek itu sedang membungkus dadah.

“Selepas mengambil masa lima minit mengetuk pintu, seorang daripada suspek keluar sebelum polis membuat serbuan di dalam bengkel berkenaan.

“Polis merampas satu beg dan satu plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu, heroin dan ganja yang berada di atas meja,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Azly berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona dipercayai milik seorang daripada suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan bahan terlarang yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM2,100 dipercayai dibawa masuk dari negeri jiran.

“Kedua-dua suspek disahkan positif dadah jenis Methamphithamine,” katanya.

Azly berkata, suspek kini direman selama dua minggu di Lokap Balai Polis Rompin untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957. – BH Online

Tags: bungkus dadahditangkap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

398 Tahanan Etnik Rohingya Berjaya Ditahan

21/04/2022
0

ALOR SETAR : Sebanyak 398 etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu dekat sini...

Pembunuh Imam Fadi Berjaya Ditangkap

09/01/2022
0

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd