Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Had 2 Penggal Untuk...

Dalam satu sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, seorang Adun dari...

Fathia: Lebih Baik Awak...

FATHIA Latiff nama paling hot tiga minggu lalu dengan aksi ngeri bawa mati...

36 Termasuk Seorang Remaja...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 36 orang, termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat...

Awal Ashaari Mengamuk Dengan...

Kes Instagram artis jadi medium percuma untuk mempromosikan barang adalah lumrah.Tapi bila ia...

2 Pekerja Kilang Ais Maut Terhidu Gas Ammonia

SHAH ALAM – Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis itu di Seksyen 36 di sini, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata dalam kejadian kira-kira 5.11 pagi itu, kedua-dua mangsa, warga asing yang identiti belum dikenalpasti, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sementara 18 pekerja warga asing yang cedera dihantar ke beberapa hospital iaitu lima di HTAR, Hospital Shah Alam (enam), Hospital Sungai Buloh (tiga) dan Hospital Banting (empat) bagi menerima rawatan.

“Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercaya terhidu terus dengan gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika mereka melakukan kerja rutin.

“Manakala pekerja lain yang cedera mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata kerana kandungan gas ammonia tinggi bacaannya iaitu 500 ppm (parts per million) berbanding bacaan normal iaitu 50 ppm ke bawah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azmel berkata pihaknya juga mengambil langkah mengarahkan penduduk di kawasan perumahan sekitar keluar dari premis masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kandungan gas ammonia yang tinggi dan sehingga kini tiada aduan diterima daripada penduduk terbabit.

Menurut beliau lagi, setakat ini pihaknya berjaya mengurangkan kuantiti kebocoran gas ammonia kepada separuh iaitu 250 ppm di dalam kilang berkenaan manakala kualiti udara di luar kilang telah kembali normal.


“Operasi masih dijalankan untuk neutralkan bacaan gas ammonia di dalam kilang menggunakan beberapa kaedah seperti membuka semua pintu dan tingkap kilang bagi keluarkan gas, menggunakan kipas ekzos kilang dan di depan kilang kita gunakan kaedah semburan air halus.

“Setakat ini tiada mangsa lain yang berada di dalam kilang kerana pekerja lain telah selamat keluar dari premis berkenaan, namun jumlah sebenar pekerja ketika kejadian masih dalam siasatan,” katanya menambah kejadian itu adalah yang kedua berlaku di kilang itu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori