• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Didakwa Rasuah Penolong Pengarah Kastam

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM2,500 kepada Penolong Pengarah Kastam tahun lalu.

Tertuduh Thor Seng Teong, 35, dan Thor Seng Weng, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara serentak dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan itu, kedua-dua mereka dituduh secara rasuah memberi suapan kepada Azwar Muhammad Noor yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sungai Petani sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang disyaki melakukan kesalahan berkaitan minuman arak mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Kedua-dua mereka yang juga peniaga kedai runcit itu didakwa melakukan kesalahan di premis Tian Weng Enterprise, No 711, Lorong Senangin 3/5, Taman Senangin di Kulim pada 12.15 tengah malam, 23 Ogos tahun lepas.

Sehubungan itu, mereka berdua didakwa melakukan kesalahan menerusi Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009.

Azman, bagaimanapun membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Sept ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ainur Azalia Ayoub. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd