• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lima belas pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibebaskan hari ini selepas direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta pada Mei lalu.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua yang lain dibebaskan pada Jumaat lalu dengan jaminan SPRM.

Lima belas pengawal keselamatan terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dengan menaiki bas dan diiringi pegawai SPRM.

SPRM sebelum ini dilaporkan mahu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan dana RM3.5 juta di JPM itu milik UMNO.

Pada 8 Ogos lalu, 17 pengawal keselamatan berkenaan direman lima hari hingga hari ini bagi membantu siasatan.

​​​​​​​​​​​​​​Mereka termasuk seorang pegawai keselamatan gred 52 dan selebihnya pengawal keselamatan gred 11 hingga 38, berusia antara 31 dan 51 tahun.

Mereka dilaporkan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini antara 2.45 petang hingga 3.15 petang pada 7 Ogos dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA​

Tags: pengawal keselamatanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd