Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Not RM100 Diedit Jadi...

MEMANG dah jadi kebiasaan kat Malaysia ni, setiap kali ada isu yang hangat diperkatakan...

Selain Bom, Jangan Sebut...

Philadelphia – Selain perkataan bom, jangan sesekali anda menyebut mengenai Ebola ketika menaiki...

Anwar Pindah Ke Hospital...

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah dipindahkan ke hospital penjara Sungai Buloh...

Polis Siasat Dakwaan Aliff...

PETALING JAYA - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang mendakwa usahawan kosmetik...

Zawawi Buat 2 Laporan Polis Dakwaan Fitnah

KLANG – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis daripada PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni hari ini membuat dua laporan polis selepas mengesan wujudnya penyebaran fitnah terhadap beliau menerusi media sosial sejak semalam.

Mohd Zawawi yang diiringi peguamnya, Mohd Khairul Anwar Ismail membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, bagi mendesak pihak berkuasa itu menyiasat pemilik akaun Facebook atas nama ‘Unit Media Wangsa Maju’ dan pemilik akaun Twitter ‘@MHSBI1’ yang didakwa menyebar fitnah tersebut.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana fitnah yang tersebar melalui media sosial itu tiada asasnya dan sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan reputasinya yang sedang melakukan jelajah kempen PRK.

“Laporan polis pertama adalah tentang dakwaan mengatakan saya bersetuju dan menyokong (persembahan) tarian gelek untuk mengutip derma Tabung Harapan Malaysia baru-baru ini dan laporan kedua berkaitan dakwaan menuduh saya menyalahgunakan wang semasa berkhidmat di sebuah sekolah di Sungai Bertih, Klang pada tahun 1998.

“Saya amat terkejut dengan dakwaan seperti ini kerana saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang tarian gelek itu malah saya tidak tahu sumber mana pula pihak tersebut ambil sehingga boleh kata saya menyalahgunakan wang di sekolah sedangkan saya telah meninggalkan sekolah itu 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

​​​​​​​Tegas Mohd Zawawi, kedua-dua isu tersebut sengaja direka dan ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab akibat ketandusan idea selain tergugat dengan penerimaan rakyat terhadap beliau sehingga terpaksa bersaing melalui cara fitnah dan memburukkan orang lain.

Justeru itu, pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun berkenaan menyeru semua pihak terutamanya pengundi di DUN Sungai Kandis supaya jangan mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar tanpa meneliti kesahihan sumbernya.


“Jangan tengok sahaja maklumat yang disebar, terus percaya…kena semak dahulu. Al-Quran mengajar kita konsep ‘Fatabayyanu’ (bermaksud periksa dahulu sebelum berbicara atau mengambil keputusan). Kita mahu didik masyarakat supaya menjadi rakyat yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan polis tersebut.

Pada hari pengundian Sabtu ini, Mohd Zawawi akan ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

PRK DUN Sungai Kandis adalah PRK pertama selepas pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lepas, yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. – BERNAMA

Kategori