Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

10 Ditahan Susulan Kecurian...

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu susulan kehilangan cip kasino bernilai RM4.6 juta...

Sarawak Masih Kekurangan Doktor...

KUCHING - Sarawak masih kekurangan doktor dan nisbah kumpulan berkenaan dengan pesakit di...

Jawapan Kepada Surat Terbuka...

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar...

OKU Mengaku Buat Gangguan...

POLIS menahan lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membantu siasatan berhubung gangguan...

Wawa Zainal Boleh Aje Berlakon Kata Ariel Zafrel

KUALA LUMPUR – Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan kononnya dia tidak membenarkan isterinya, Wawa Zainal untuk berlakon.

Aeril, 30, berkata dia tidak kisah sekiranya Wawa ingin berlakon namun isterinya itu kini lebih seronok menguruskan perniagaan mereka.

“Memang Wawa akan bertanya saya terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon dan saya tak kisah jika dia nak terima tawaran tersebut.

“Tapi tawaran itu biarlah yang bersesuaian dengannya. Namun, buat masa kini, dia lebih seronok uruskan perniagaan.

“Bukan saya menyekat dan tidak benarkan dia berlakon,” kata Aeril kepada mStar Online.

Wawa kini lebih seronok menguruskan perniagaan.

Aeril ditemui ketika pada malam gala Anugerah Telenovela 2018 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aeril meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik menerusi drama lakonannya Mandatori pada malam gala Anugerah Telenovela 2018.

Menurut Aeril, kemenangan tersebut membuatkan dia berasa berbaloi dengan cabaran dan penat lelah menjayakan drama tersebut.


“Alhamdulillah, saya tak jangka akan menang kategori itu. Apabila dicalonkan itu pun, saya dah rasa syukur.

“Berbaloi dengan penat dan semua cabaran ketika jalani penggambarang drama itu,” ujarnya.

Drama yang bersiaran pada November tahun lalu itu juga merangkul anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.

Pasangan gandingan Aeril iaitu Siti Saleha turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Terbaik. – mStar Online

Kategori