• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Thai Dijel Simpan Jerat, Kura-kura Liar

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua beranak warga Thailand dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Jun lalu.

Tertuduh, Canthi Cantupa , 44, yang juga bapa kepada tertuduh kedua, Pipop Cantupa, 18, dituduh menyimpan 13 utas jerat dawai dan menyimpan Kura-kura Duri Bukit dalam kawasan Hutan Simpan Jengai, Dungun 21 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(2)(a) serta melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Azman Mustapha kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan namun membenarkan hukuman dijalankan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap.

Kedua-dua tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu kemudian mengangguk tanda faham mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka selepas dibacakan oleh penterjemah Bahasa Thai.

Mereka dihantar ke Penjara Marang bagi melaksanakan hukuman penjara bermula hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perhilitan Terengganu, Zaitul Hazlin Mat Jusoh. – BERNAMA

Tags: jualkura-kura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suhakam Kesal Syed Saddiq Tunduk Tekanan

Next Post

Padah Kongsi Foto Bogel Isteri Dengan ‘Awek’

Related Posts

Tinggal Percuma Sejak 2021, Penyewa Cuba Jual Rumah Disewa

Tinggal Percuma Sejak 2021, Penyewa Cuba Jual Rumah Disewa

14/08/2023
0

PETALING JAYA – Tindakan seorang penyewa ingin menjual rumah yang disewanya mendapat kecaman daripada orang ramai kerana perbuatan itu dianggap...

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol Pada Harga RM2 Bilion

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol Pada Harga RM2 Bilion

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd sedang mempertimbangkan untuk melupuskan perniagaan stesen minyaknya di Malaysia, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd mengendalikan...

Next Post

Padah Kongsi Foto Bogel Isteri Dengan 'Awek'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd