• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang wanita berusia 74 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abdul Sattar, berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 malam mengenai kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di kampung berkenaan.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar sebahagian besar rumah terbabit.

“Pada awalnya anggota bomba tidak mengetahui terdapat mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan sehingga dimaklumkan seorang jiran. Anggota daripada BBP Kuala Kangsar dibantu BBP Lenggong bertindak melakukan operasi pemadaman.

“Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menggeledah seluruh bahagian rumah menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di bawah runtuhan bumbung di bahagian ruang tamu tingkat bawah rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Mohd Taufiq berkata, anggota bomba berjaya membawa keluar mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk yang membabitkan seorang wanita warga emas rentung. – Foto ihsan bomba
Katanya, jiran mangsa juga langsung tidak mendengar jeritan meminta tolong dan hanya menyedari rumah berkenaan terbakar apabila hendak keluar dari rumah.

Katanya, anggota bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos 91 meter dengan dua pancutan bersumberkan air dari pili bomba berdekatan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.11 pagi tadi,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kebakaranwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd