Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Selamba Foto Dengan Haiwan...

SEORANG gadis dari Australia menjadi sensasi di laman media sosial selepas foto-fotonya bergambar...

Segala Yang Anda Perlu...

PENYAKIT deman akibat virus Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis aedes, namun...

Tony Pua ‘Bocor’ 10...

BAYANGKANLAH jika pelajar sekolah dapat 'soalan bocor' sebelum peperiksaan bermula dan lebih unik,...

Kenderaan PM Kelihatan Di...

PETALING JAYA : Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri...

PKR Bimbang Perpecahan Parti Akibat Pemilihan

KOTA KINABALU – Anggota PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos ini, sebaliknya, menyokong pemimpin yang terpilih kelak untuk menguatkan lagi parti berkenaan.

“Memang ada perbezaan pendapat tapi kita satu parti… boleh menyokong sesiapa,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pertemuan dengan anggota PKR Sabah di sini hari ini.

Dr Wan Azizah maklum terdapat andaian kononnya beliau dan suaminya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelagah atas jawatan presiden parti, namun beliau menjelaskan, perkara itu tidak berlaku.

“Biarpun Datuk Seri Anwar pernah dizalimi, namun semangatnya tidak pernah luntur (dalam perjuangan parti),” katanya.

Dr Wan Azizah turut mengingatkan anggota parti supaya berpegang erat kepada prinsip perjuangan parti.


Katanya sebagai kerajaan baharu yang memerintah hari ini, PKR perlu menunjukkan contoh sebagai parti yang bertanggungjawab dan tidak ‘terjangkit’ sikap pemimpin dalam kerajaan terdahulu.

“Biarlah selaku kerajaan, kita tunjukkan melalui teladan. Kita dah kalahkan parti yang kuat (dalam Pilihan Raya Umum ke-14). Kita menang untuk masa depan negara kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori