• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup 1,000 Kilang Menjelang 2020

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Beijing akan menutup 1,000 syarikat perkilangan menjelang 2020 sebagai sebahagian daripada program yang menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan asap dan meningkatkan pendapatan di wilayah berhampiran, kata media rasmi hari ini.

Ia sekali gus akan memberi tumpuan kepada industri dinamik, berteknologi tinggi dan menghentikan pengilangan ‘biasa’, kata akhbar rasmi Parti Komunis, People’s Daily, memetik satu dokumen dasar yang diterbitkan kerajaan perbandaran Beijing.

Bandar ini sudah mula menolak permohonan pendaftaran daripada 19,500 firma, dan menutup atau memindahkan 2,465 kilang ‘biasa’, kata akhbar itu.

China melancarkan rancangan untuk meningkatkan penyelarasan di rantau Beijing-Tianjin-Hebei yang kerap dilanda masalah asap tebal pada 2014 berikutan kebimbangan persaingan antara ketiga-tiga wilayah ini membazirkan sumber dan mengakibatkan lebihan kapasiti dan pencemaran.

Ia turut merancang untuk mengurangkan aktiviti pembuatan dan industri berat di Beijing, serta memindahkan universiti dan beberapa jabatan kerajaan ke zon ekonomi baru Hebei di Xiongan.

Kerajaan juga ingin mewujudkan rangkaian pengangkutan bersepadu dan menyelaraskan standard dalam bidang seperti kebajikan dan pendidikan untuk menjadikan Hebei, yang terkenal dengan industri beratnya, lebih menarik untuk pelabur.

Seorang pegawai di wilayah Hebei awal tahun ini berkata pelan itu membantu memacu pendapatan purata di Hebei meningkat 41 peratus sejak 2013. – MyMetro

Tags: Chinakilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd