• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggang Motosikal Ke Balai Polis Selepas Kepala Ditikam

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang lelaki yang ditikam dengan pisau sepanjang 20 sentimeter (cm) pada kepalanya nekad menunggang sendiri motosikalnya ke balai polis.

Kejadian menggemparkan itu berlaku selepas mangsa dikenali sebagai Qin, 33, bertengkar dengan penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi motosikalnya di bandar Guangzhou pada Ahad lalu.

Penumpang terbabit bertindak ganas selepas dia enggan membayar tambang seperti dipersetujui.

“Pada mulanya, saya ingatkan terkena renjatan elektrik. Selepas saya jatuh ke tanah, saya meraba belakang kepala dan baru tersedar kena tikam. Saya menjerit meminta tolong beberapa kali, namun tiada yang datang membantu,” ujarnya.


Imbasan x-ray menunjukkan pisau yang tertusuk di kepala mangsa.

Dia akhirnya terpaksa menunggang motosikal selama 20 minit dalam keadaan itu selepas gagal mendapatkan bantuan orang sekeliling.

Pihak berkuasa di balai polis Zengcheng Dadun yang terkejut dengan keadaannya segera membawa mangsa ke hospital.

Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan yang mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan pisau di belakang kepalanya.

Dia kini dilaporkan stabil dan semakin pulih.

Menurut ketua doktor jabatan jagaan kritikal, Liu Chengyong, ia adalah kejadian pertama pesakit tiba di hospital dengan keadaan pisau tertusuk dalam kepala.

“Dia bernasib baik kerana pisau itu tidak mengenai saluran darah utama. Jika ia memasuki kira-kira satu atau dua cm lagi, lelaki tersebut mungkin menemui ajal,” katanya. – Daily Mail/mStar Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: ChinaDITIKAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd