• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Troli Punca Kes HFMD Naik Di Pulau Pinang

oleh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIKAP pengotor penduduk Pulau Pinang terutama di kawasan bandar kini dikenal pasti menjadi faktor penyumbang peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu.

Malahan punca utama penularan penyakit itu dalam kalangan murid sekolah di Pulau Pinang dikenal pasti akibat bersentuhan dengan pemegang troli pasar raya dan kawasan permainan kanak-kanak di pusat beli-belah.

Menurut laporan eksklusif akhbar The Sun Daily kelmarin, siasatan oleh pegawai kesihatan tempatan mendapati bahawa alat mainan dan kerusi-kerusi di beberapa buah pusat beli-belah juga adalah antara sebab utama.

Dalam satu surat pekeliling dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, pihak berkuasa terpaksa menasihatkan pengurusan pusat beli-belah terbabit untuk segera membersihkan barang-barangan demikian.

Kes baharu HFMD merosot buat tiga hari berturut-turut sejak Khamis minggu lalu. Namun jumlah keseluruhan yang dicatat sebenarnya masih lagi tinggi, menurut seorang exco kerajaan negeri, Dr. Afif Bahardin.

“Walaupun bilangan kes baru merosot, bilangan keseluruhan masih tinggi, iaitu 2,341 kes sehingga 21 Julai. Ini berbanding 1,099 kes bagi jangka masa sama tahun lalu,” kata beliau kepada para wartawan pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri itu berkata 30 premis kekal tutup, manakala sembilan budak yang menghidap HFMD dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang tidak pula merancang untuk menutup mana-mana taman permainan awam dan pusat hiburan yang terdapat di dalam pusat beli belah, tambah Dr. Afif lagi.

Beliau turut beri respons kepada dakwaan tular melalui media sosial berhubung kes kematian akibat HFMD dan mendakwa belum ada sebarang pengesahan manakala punca kematian ditentukan oleh jabatan kesihatan.

Menurut laporan the Star Online, setakat ini sebanyak 35 buah premis masih lagi ditutup membabitkan tujuh sekolah rendah, taska (sembilan), tadika (11), prasekolah (tujuh) dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

HFMD ialah sejenis penyakit disebabkan oleh virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

Ia disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) malahan virus itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: HFMDtroli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd