• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Tunai Manifesto Tanda Munafik – Zahid

oleh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIDAS… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai munafik apabila kemuka pelbagai alasan apabila gagal tunai manifesto pilihan raya lalu.

Apabila rakyat, kata Ketua Pembangkang baharu itu, sudah memberikan harapan tinggi terhadap janji-janji yang ditaburkan PH tetapi ia tidak dapat dilaksanakan, jelas merupakan satu penipuan kepada rakyat marhaen.

“Aku janji dalam manifesto tetap aku janji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto ini bukan kitab suci. Tak boleh buat, tak boleh buatlah… jangan hendak memesongkan dan cari alasan.

“Apakah ciri-ciri orang munafik? Apabila berjanji tidak ditepati… bila bercakap, bohong. Kalau tahu tidak boleh laksana, jangan janji. Ini tipu rakyat, rakyat percaya dan letak harapan akhirnya tidak dapat buat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini.

Ka Siong di dalam pencelahannya memohon penjelasan daripada Zahid mengenai implikasi PH tidak laksana janji manifesto setelah rakyat percayai janji tersebut dan memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi kerajaan.

Susulan daripada jawapan Ahmad Zahid itu ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer telah bangkit peraturan mesyuarat 36(4) meminta ketua pembangkang tersebut supaya menarik semula perkataan munafik yang digunakan beliau.

Namun begitu timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming setelah mendengar penjelasan lengkap daripada Ahmad Zahid berpendapat bahawa ia tidak prejudis dan justeru tiada keperluan untuk ditarik balik.

“Saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk, dia buat kenyataan secara prinsip. Dia tidak menuju kepada Perdana Menteri. Maka jika buat kenyataan umum macam itu, maka dia tidak prejudis,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya turut berharap agar pihak kerajaan PH dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang jelas beri manfaat besar kepada rakyat negara ini.

“Kita harap jangan bakul sampahkan dasar-dasar baik yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya merujuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhasrat balas dendam pentadbiran lama.

Dalam pada itu mengulas isu sama, PH tidak seharusnya membandingkan keperluan untuk melunaskan manifesto ’10 janji 100 hari’ mereka dengan banding mana-mana kitab suci agama tertentu seperti al-Quran mahupun Bible.

Ini kerana ia merupakan perjanjian yang telah dimeterai antara mereka dengan rakyat ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan menunaikan janji adalah antara perkara yang amat serius di sisi Islam iaitu boleh dianggap sebagai seorang yang menafik.

Beliau berkata, malah soal dosa tidak hanya terikat kepada dosa dengan tuhan sahaja, sebaliknya turut melibatkan dosa antara makhluk dengan makhluk.

Justeru menurutnya, barisan kepemimpinan kerajaan hari ini perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat jika berasa tidak mampu lunas apa yang terkandung dalam Buku Harapan mengikut jangka masa 100 hari itu.

“Natijahnya sekiranya kita tidak melunaskan janji, maka dari segi lslam, orang yang tidak kota janji ini dianggap sebagai orang yang munafik.

“Barisan Nasional (BN) jatuh kerana janji mereka (Pakatan Harapan) yang begitu didambakan oleh rakyat dan kita pun berasa seronok kalau janji itu dapat ditunaikan,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Terdahulu Asyraf Wajdi menghadiri Mesyuarat Pelantikan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri-negeri di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Zahid HamidiAsyraf Wajdi Dusukimunafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd