• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebab Sebenar Untuk Tentukan Kehilangan MH370

oleh
30/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 tidak dapat menentukan sebab sebenar yang mengakibatkan kehilangan penerbangan malang pesawat itu, kata ketua pasukan tersebut Datuk Kok Soo Chon.

Beliau berkata pasukan itu telah mempertimbangkan semua teori konspirasi, khabar angin dan gosip di media sosial dan akhirnya mengenal pasti tujuh teori mungkin untuk pertimbangan mereka.

“Dari tujuh bidang yang kami kenal pasti, tidak terdapat asas langsung tetapi hanya spekulasi termasuk teori bahawa bateri lithium telah menyebabkan kebakaran oleh kerana kami telah menjalankan ujian,” katanya pada taklimat media oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Malaysian International Civil Aviation Organization (ICAO) Annex 13 di sini hari ini.

“Memang orang ramai tidak puas hati kerana kami tidak dapat membuat kesimpulan…tetapi kami tidak boleh berbuat demikian kerana bangkai pesawat belum ditemukan,” katanya.

Beliau berkata laporan siasatan setebal 1,500 muka surat telah diperakui oleh tujuh negara yang menyertai siasatan iaitu United Kingdom, Australia, Perancis, China, Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura.

Beliau bagaimanapun menegaskan laporan hari ini belum muktamad, sehingga bangkai utama pesawat ditemukan.

Sementara itu, Kok berkata pasukan itu telah membuat tujuh perakuan untuk Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (tiga), Malaysia Airlines (lapan) dan satu perakuan masing-masing kepada Malaysia Airports dan International Civil Aviation Organization.

Kok berkata Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan membentangkan laporan itu di Parlimen esok dan beliau (Kok) akan memberi taklimat kepada waris keluarga yang hilang di Beijing, China pada 3 Ogos.

Penerbangan MH370 lenyap pada 8 Mac, 2014, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat 777-200ER itu mempunyai 12 anggota kru dan 227 penumpang, dengan kebanyakan mereka adalah warga China.

Pada 29 Mei 2018, Ocean Infinity mengesahkan pencariannya ke atas bangkai MH370 dihentikan. – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd