• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivarasa Jumpa Jakoa Berhubung Isu Sekatan Di Gua Musang

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa akan bertemu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mendapatkan laporan terperinci berhubung isu sekatan oleh Orang Asli dan pekerja syarikat yang mengusahakan ladang durian di Gua Musang, Kelantan.

Katanya maklumat yang jelas diperlukan sebelum sebarang keputusan berhubung masalah berkenaan diambil.

“Kita perlu tahu apa yang menjadi punca perselisihan ini dan berusaha menyelesaikan isu tersebut secara holistik,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Isu sekatan itu timbul pada Februari lalu sebagai bantahan terhadap aktiviti penerokaan hutan serta tanah adat Orang Asli bagi tujuan pembalakan, projek perladangan dan penanaman durian ‘Musang King’ di kawasan itu.

Sivarasa mengulas laporan media berhubung tindakan pekerja syarikat ladang durian membuat sekatan balas kepada penduduk Orang Asli berhampiran Pos Tohoi bagi menyekat kebebasan mereka, dua hari lalu.

Ini susulan tindakan 30 penduduk Orang Asli di Kampung Kaleg melakukan sekatan termasuk berbaring di atas jalan bagi menghalang pekerja syarikat yang mengusahakan kebun durian ‘Musang King’ daripada memasuki kawasan itu.

Sivarasa berkata isu sekatan berkenaan turut memerlukan kerjasama kerajaan negeri selain agensi keselamatan berikutan kemungkinan wujudnya pergaduhan fizikal di kawasan sekatan.

Terdahulu, Sivarasa menerima satu memorandum tuntutan janji manifesto kerajaan daripada Presiden Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) Yusri Ahon yang antaranya berkaitan isu tanah adat, pendidikan dan pemuliharaan kebudayaan serta warisan Orang Asli. – BERNAMA

Tags: JAKOAR.Sivarasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Pengarah Jakoa ditukar?

13/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan kebebasan kepada penjawat...

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak Basmi Ponteng Pelajar Orang Asli

03/12/2018
0

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng bagi membendung gejala ponteng sekolah yang kian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd