• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Pembalakan Haram Di Ulu Muda Tumpas

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram dan merampas 15 tual kayu balak bernilai kira-kira RM3,000 di Hutan Simpan Ulu Muda, Tanjung Pari di Baling, Selasa lepas.

Jurucakap JPNK berkata serbuan pada kira-kira 5.30 petang yang diketuai Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan Mohd Faisal Nasaruddin itu adalah susulan maklumat awam dan risikan berhubung kegiatan haram di kawasan hutan seluas hampir 10 hektar itu.

“Siasatan awal kita juga mendapati sindiket mencuri dan memilih kayu yang berkualiti di kawasan hutan yang diteroka sejak tiga minggu lalu dan membabitkan kerugian kira-kira RM60,000,” katanya.

Modus operandi sindiket katanya ialah dengan membawa keluar kayu yang dicuri pada hujung minggu dan awal pagi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan dan menjualnya kepada kilang-kilang kecil di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Sekyen 15 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 (pindaan 1993) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 20 tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu boleh menghubungi Mohd Faisal atau Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan Ahmad Shuffir Zakaria pada talian 04-4903760. – BERNAMA

Tags: Jabatan PerhutananPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd