• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setahun Emma Menabung Beli Kereta Mewah Buat Bapa

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong sanggup bekerja keras mengumpul wang untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari lahir ayahnya, Ismail Embong.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata dia sudah mengetahui keinginan ayahnya untuk memiliki kereta tersebut semenjak tahun lalu.

“Tahun lalu ayah ada naik kereta Mercedes milik kawan saya dan dia sangat suka dengan kereta itu. Tapi memikirkan harga agak mahal, ayah diam sahaja.

“Sejak itu, saya nekad bekerja keras untuk kumpul duit. Sepatutnya hari lahir ayah bulan April lalu tapi ketika itu wan simpanan saya tak cukup lagi.

Emma beri kejutan hadiah kereta kepada ayahnya.

“Alhamdulillah selepas setahun menyimpan, saya dapat hadiahkan kereta itu kepada ayah,” kata Emma kepada mStar Online.

Emma ditemui di malam gala Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Emma ada memuat naik video kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes sempena hari lahir ayahnya di laman Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Emma terkejut apabila dinobatkan menjadi Ratu Telenovela Serba Dinamik di malam gala Anugerah Telenovela 2018 pada Sabtu.

Emma merangkul dua trofi pada malam gala Anugerah Telenovela 2018.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut.

“Saya hadir malam itu hanya untuk memberi sokongan. Tidak menjangka sebarang kemenangan pun.

“Lagipun saya fikir, tak kanlah juri nak pilih saya lagi tahun ini sebab tahun lalu dah menang. Tambahan pula, ada ramai lagi pelakon-pelakon yang hebat.

“Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua juri kerana memilih saya,” ujarnya.

Selain anugerah tersebut, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini juga meraih anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited. – mStar Online

Tags: Emma Maembongpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd