• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sengsara Disengat Lebih 100 Ekor Tebuan

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – “Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri,” kata Mohamad Saiful Hazami Mat Ghani, 11, selepas disengat lebih 100 ekor tebuan di Kampung Tendong, Pasir Mas, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, 21 Julai lalu, Mohamad Saiful dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dia bagaimanapun dirujuk Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut dan kini beransur pulih.

Menceritakan detik cemas itu, Mohamad Saiful berkata, sebelum kejadian dia sedang mandi di sungai berhampiran rumahnya bersama beberapa rakannya.

Katanya, ketika sedang mandi, dia berasa sakit perut dan terus pulang ke rumahnya.

“Dalam perjalanan pulang ketika saya melalui lorong kecil sebelum secara tiba-tiba sarang tebuan di pokok berhampiran jatuh ke tanah.

“Saya terus diserang tebuan itu dan hanya mampu menjerit meminta tolong selepas terasa sakit di badan dan kepala.

“Tanpa berfikir panjang, saya melarikan diri ke rumah jiran untuk berlindung dan terus dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di Wad Kanak-kanak HUSM di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Noraini Ismail, 46, berkata, pegawai perubatan memaklumkan terdapat lebih 100 kesan sengatan di belakang badan anaknya dan perlu dibawa ke hospital segera.

“Di HUSM, doktor melakukan pembedahan di leher untuk mengeluarkan bisa dan mencuci buah pinggang.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kini keadaan anak sudah beransur pulih seperti sedia kala,” katanya. – BH Online

Tags: tebuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tahun 6 Mati Akibat Disengat Tebuan Di Mersing

25/09/2018
0

MERSING - Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Genting, dekat...

Disengat Tebuan, Nasib Malang ‘Pendaki Malam’

26/03/2018
0

SEKUMPULAN pendaki yang terdiri daripada sembilan orang berdepan detik-detik cemas apabila tiga daripada mereka disengat tebuan dan salah seorangnya pula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd