Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

JKR Kaji Penggunaan Getah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan...

3 Gas Dikesan Jadi...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan...

Kelantan Belum Terima Sebarang...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan masih belum menjelaskan sebarang bayaran royalti minyak kepada...

‘Saya Nak Bankrapkan Mereka…...

PUTRAJAYA: Pendekatan penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam...

Disengat Tebuan, Nasib Malang ‘Pendaki Malam’

SEKUMPULAN pendaki yang terdiri daripada sembilan orang berdepan detik-detik cemas apabila tiga daripada mereka disengat tebuan dan salah seorangnya pula pengsan.

Kejadian malang tersebut berlaku semasa mereka melakukan aktiviti mendaki di Bukit Trans Gergin berhampiran dengan Agroto Jalan Cameron Highland di Perak lewat tengah malam tadi.

Lapor akhbar tempatan, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan daripada salah seorang daripada kumpulan itu kira-kira pukul 11.26 malam.

Menurut Ketua Operasinya, Rozmi Ahmad berkata, pihak bomba turut dibantu Pegawai Ranjer Hutan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

“Anggota bomba dapat berhubung dengan Pegawai Renjer Hutan untuk membantu membawa mangsa turun sementara bomba tiba ke lokasi kira-kira 1.18 pagi.

“Sejurus bomba tiba, mangsa telah sedarkan diri namun kelihatan letih dan tidak bermaya. Dia diberikan rawatan awal sebelum dibawa menggunakan stretcher,” katanya.

Usaha menyelamatkan mangsa agak sukar kerana menghadapi keadaan gelap, berbukit dan licin akibat hujan.


Namun, mangsa yang berusia 36 tahun itu tanpa didedahkan identitinya telah pun berjaya diselamatkan dan tiba di kaki bukit berkenaan.

Operasi tersebut memakan masa selama satu setengah jam dan tamat pukul 2.30 pagi.

Mangsa bersama bersama rakannya yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan selanjutnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak perbanyakkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam terutamanya yang berbahaya dan boleh membawa kemalangan jiwa. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori