• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Ke Atas Kereta Luar Adalah Langkah Regresif

oleh
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rancangan kerajaan untuk menghadkan kemasukan kereta dari luar negara ke dalam pasaran tempatan adalah satu langkah regresif bagi pertumbuhan industri automotif negara, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata perlu ada tahap persaingan yang sihat antara pembuat kereta tempatan dan luar negara, kerana ada model jenama luar yang menggunakan banyak komponen tempatan dan ini memberi peluang perniagaan serta pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Ini merupakan langkah ke belakang. Saya tidak fikir ia sesuai apabila kerajaan mahu menyekat semua kereta selain Proton untuk dijual di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Katanya, untuk membolehkan industri tempatan maju, kerajaan perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui liberalisasi seperti di Thailand dan Indonesia.

“Thailand mengeksport lebih daripada 1.3 juta kereta setahun dan Indonesia lebih 100,000 kenderaan. Apa eksport Malaysia? Hanya 20,000-30,000 kenderaan setahun,” katanya.

Dasar Automotif Nasional yang dikemaskini pada 2014, sedang menunggu satu lagi kajian bagi memastikan Malaysia mengeksport lebih banyak kenderaan.

Beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula rancangan untuk mewujudkan satu lagi kereta nasional lain kerana ia akan mengganggu industri tempatan yang hanya mempunyai pasaran yang kecil dengan jumlah keseluruhan industri kira-kira 600,000 unit kenderaan sahaja setahun.

“Kami tidak mahu ada lagi insentif yang disediakan bagi kereta nasional baharu ini yang dijangka akan memberikan kesan ke atas industri. Ia tidak akan membantu industri sama sekali,” katanya.

Aishah ketika bercakap mengenai kereta elektrik, memberitahu pada tahun lepas, hanya 13 kereta sahaja terjual dan jika mahu segmen ini berkembang, ia perlu diberi lebih banyak pelaburan dan insentif.

“Ia akan mengambil masa. Infrastruktur dan insentif perlu diadakan bagi mengembangkan segmen ini,” katanya.

Sementara itu mengenai biodiesel, Aishah berkata, industri automotif tempatan masih tidak bersedia untuk menerima pakai B10 (diesel dengan kandungan minyak sawit sebanyak 10 peratus) dan hanya boleh menyokong B7 sahaja pada masa sekarang.

“Kebanyakan anggota kami menyatakan mereka hanya boleh memberi jaminan kenderaan ke atas penggunaan B7 sahaja. Ia akan menyukarkan kita untuk memberikan waranti bagi B10,” katanya.

Tambahan pula, jaminan ke atas sesebuah kenderaan tidak diberikan oleh pengedar tempatan atau pemegang francais tetapi oleh prinsipal pengeluar luar negara.

Katanya, bagaimanapun, sekiranya kerajaan masih berkeras untuk melaksanakan biodiesel B10, wajar diadakan opsyen untuk B7 di stesen minyak.

Beliau berkata langkah ini digunakan di Indonesia yang mempunyai penggunaan biodiesel yang lebih tinggi iaitu B15.

“Walaupun mereka telah melaksanakan B15, mereka mempunyai pam yang masih menyalurkan B5 dan B7. Jika ia (B10) diadakan dan semua jenis biodiesel disediakan, kami akan sokong,” katanya.

Sebelum itu di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar kerajaan sebelum ini yang lebih menguntungkan kereta asing telah memberi kesan ke atas prospek keuntungan Proton.

“Kerajaan terdahulu telah membenarkan kemasukan kereta dari luar negara tanpa memberi peluang kepada Proton untuk berkembang di luar negara,” katanya.

Ini menyebabkan pembuat kereta nasional itu mengalami kesukaran untuk bersaing dengan gergasi automotif global.

“Terdapat keperluan untuk mengenakan syarat-syarat tertentu bagi menghadkan kemasukan kereta asing ke pasaran tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd