• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Minta Maaf” – Kula Segaran

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.

Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.

“Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkataan seperti ‘sesumpah’. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan ‘pendatang’ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.

“Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan ‘pendatang’ merujuk kepada orang Melayu.

“Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,” ujarnya.

Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.

Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut. – Sinar Harian Online

Tags: M Kulasegaranmohon maafOrang Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd