• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng Mati Ditembak Dalam Jel

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang ketua samseng mati ditembak dengan tujuh das tembakan dalam penjara oleh banduan lain dipercayai anggota geng musuh, hanya beberapa jam sebelum dibawa ke mahkamah untuk kes peras ugut terhadapnya.

Prem Prakash Singh yang juga digelar Munna Bajrangi ditembak banduan dikenali sebagai Sunil Rathi, dengan satu peluru terkena kepalanya menyebabkan bahagian kanan pecah.

NDTV memetik Superintendan Polis, Jai Prakash berkata: “Sepucuk pistol bersama dua kelongsong dan 22 kartrij ditemui di dalam longkang di penjara itu.

“Munna bertengkar mengenai pembunuhan kontrak dengan Sunil yang kemudian membunuhnya.”

Dia belum dapat mengesahkan bagaimana senjata itu dibawa masuk ke penjara.

Bagaimanapun Hindustan Times melaporkan ia mungkin diseludup melalui pek makanan dikirimkan kepada Rathi yang menjalani penjara seumur hidup dan diberi kelonggaran menerima bekalan dari luar tanpa memerlukan izin mahkamah.

Ketua Pengarah Penjara, Chandra Prakash berkata, empat pegawai penjara digantung tugas berhubung kejadian itu.

Munna dipindahkan ke penjara itu pada Ahad lalu untuk dihadapkan ke mahkamah atas kes peras ugut, keesokannya. Dia ditembak mati pada waktu pagi sebelum sempat dibawa untuk kesnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indiasamseng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd