• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Isteri Gagal Brek Ketika Lompat Keluar Kereta

oleh Ahmad Albab
11/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang cedera akibat ‘kecelakaan’ selepas melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak bertindak memfailkan saman terhadap isterinya yang memandu kereta tersebut.

Lelaki dari Australia itu menuduh isterinya tidak menekan brek lebih awal setelah melihat dia mahu melompat keluar dari kereta.

Kejadian luar biasa ini berlaku pada Disember 2012, ketika Brian Lim, isterinya, Eunkyung Cho, dan dua anak mereka sedang dalam perjalanan pulang selepas makan malam di sebuah restoran barbeku.

Pasangan itu bertengkar selepas Lim bercakap dengan seorang kenalan di restoran itu dan pertengkaran mereka berterusan sehingga dalam perjalanan pulang.

Pada satu ketika, Cho didakwa telah mengutuk ibu bapa suaminya.

Lim menjawab dengan memberitahu Cho bahawa dia mahu bercerai tetapi tiba-tiba membuka pintu kereta dan melompat keluar sebelum dia dapat ditarik dan kereta diberhentikan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Cho memandu kereta Mercedes-Benz pada kelajuan kira-kira 50km/jam, yang mungkin tidak begitu laju, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan suaminya ditimpa kecelakaan selepas tindakannya yang tidak diduga.

Lim, yang kini berada di bawah ‘ketidakupayaan yang sah’ kerana kecederaannya membuat tuntutan mahkamah kerana kecuaiannya isterinya, mendakwa kecederaannya tidak akan teruk jika wanita itu menekan brek sebaik sahaja sedar bahawa dia akan melompat keluar.

Lim membawa kesnya ke Mahkamah Daerah New South Wales, di mana Hakim David Wilson baru-baru ini mencapai satu keputusan.

Dia mendapati bahawa, sebagai pemandu, Cho mempunyai tugas untuk melindungi suaminya ketika berada di dalam kereta tetapi ia bukanlah punca kepada kecederaan suaminya yang dengan sendirinya keluar dari kereta.

Hakim Wilson juga menyatakan bahawa menekan brek secara mengejut boleh menyebabkan dua anak kecilnya cedera serta meletakkan pengguna jalan lain dalam bahaya.

Selain itu, tidak ada cara untuk membuktikan bahawa kecederaan Lim akan menjadi kurang parah jika isterinya membrek lebih awal.

“Sekiranya plaintif ingin melepaskan dirinya dari kenderaan, orang yang waras dalam kedudukan plaintif akan menunggu sehingga mereka tiba di rumah sebelum berbuat demikian,” Hakim Wilson menulis dalam keputusannya.

Lim didapati bersalah kerana kecuaian dan segala ganti rugi yang dituntut olehnya telah dikurangkan ‘hampir 100 peratus. – abc.net.au/mStar Online

Tags: samanSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd